Thursday, November 5, 2009

BAYAN MASTURAH ( wanita dikalangan umat )




Maulana Muhammad Ihsan


Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah Ta’ala, sebagaimana Allah telah menciptakan
langit dan bumi, Allah Ta’ala juga menciptakan manusia berpasangan, lelaki dan wanita.
Jika tiada wanita, maka tiadalah manusia di dunia ini. Daripada kalangan manusia,
sebahagiannya Allah jadikan lelaki, dan sebahagiannya Allah jadikan wanita. Hazrat
Muhammad (sallalaahu alayhi wasalam), penghulu dan penutup segala nabi-nabi. apabila
menyampaikan risalah Allah ta’ala kepada manusia, baginda (sallalaahu alayhi wasalam)
mengajarkannya kepada lelaki, dan juga baginda (sallalaahu alayhi wasalam)
mengajarkannya kepada wanita.

Sebagaimana juga para sahabat (radiyalaahu anhum), dikalangan mereka, lelaki
mendakwahkan manusia kepada Allah, wanita juga mendakwahkan manusia kepada
Allah.

Hazrat Umar (radiyalaahu anhu) menerima Islam dengan asbab adik perempuannya.

Hazrat Usman (radiyalaahu anhu) bercerita perihal keIslamannya, “Apabila daku pulang
ke rumah, makcik ku Sa’adah sedang duduk-duduk. Aku duduk berdekatan dengannya,
dan dia mula mendakwahkan daku kepada Islam. Perbicaraan beliau amat menyentuh
perasaan ku. Apabila beliau meninggalkan ku, daku pergi berjumpa dengan sahabatku
Abu Bakar untuk meminta nasihat. Abu Bakar memberitahukan bahawa apa yang
diperkatakan oleh makcik ku itu semuanya adalah benar. Abu Bakar berkata bahawa
Muhammad (sallalaahu alayhi wasalam) adalah sesungguhnya pesuruh Allah serta
mengesaku mengambil seruan baginda (sallalaahu alayhi wasalam). Ketika itu juga
Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) memasuki rumah dan aku terus memeluk Islam.”


Ikrimah (radiyalaahu anhu), anak kepada Abu Jahal, masuk Islam melalui asbab dakwah
dari isterinya. Amr ibn Al Aas (radiyalaahu anhu) masuk Islam melalui asbab dakwah
makciknya. Dengan pengorbanan diri (masa, perasaan dan nyawa) serta harta mereka,
usaha agama telah dilaksanakan oleh para sahabat dikalangan lelaki (radiyalaahu anhum)
dan usaha agama juga telah dilaksanakan oleh para sahabat dikalangan wanita
(radiyalaahu anhum). Tingkat pengorbanan tertinggi pada Jalan Allah Ta’ala adalah
apabila nyawa yang ada pada mereka dipertaruhkan, dan berbelanja segala harta yang ada
pada mereka di Jalan Allah Ta’ala. Sebahagian besar para sahabat (radiyalaahu anhum) di
kalangan lelaki yang harta yang ada pada mereka, tetapi yang pertama-tama berkorban
harta yang ada pada dirinyadi Jalan Allah adalah seorang wanita, Khadijah (radiyalaahu
anha). Manakala dalam pengorbanan diri, seseorang mungkin boleh memberi masa
sepagi atau sepetang di Jalan Allah, dan tingkatan yang paling tinggi adalah apabila
seseorang itu memberi nyawa untuk syahid di Jalan Allah. Ramai dikalangan para
sahabat (radiyalaahu anhum) yang syahid di Jalan Allah, tetapi yang pertama-tama syahid
di Jalan Allah adalah seorang wanita, Sumaiyyah (radiyalaahu anha). Ganjaran
pengorbanan dikalangan semua mereka yang berkorban masa, diri, perasaan dan harta di
Jalan Allah hingga ke Hari Qiamat, semua ganjaran-ganjaran tersebut dinikmati oleh
Khadijah dan Sumaiyah (radiyalaahu anhuma).

Sebagaimana hijrahnya Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) ke Madinah, semua
puteri-puteri baginda (sallalaahu alayhi wasalam) turut berhijrah. Rasulullah (sallalaahu
alayhi wasalam) telah tunjukkan bagaimana usaha agama dibuat dikalangan lelaki, dan
baginda (sallalaahu alayhi wasalam) juga telah tunjukkan bagaimana usaha agama dibuat
dikalangan wanita. Apabila Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) menderita kelaparan,
semua puteri-puteri baginda (sallalaahu alayhi wasalam) dan anak-anak mereka
(radiyalaahu anhum) juga menderita kelaparan.

Sebagaimana Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) keluar ke Jalan Allah, puteri
baginda yang dikasihi, Zainab (radiyalaahu anha) juga keluar ke Jalan Allah.

Semasa di Madinah, Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) telah menyertai 45 ghazwah


(ekspidisi menegakkan kalimat Allah), isteri-isteri baginda (sallalaahu alayhi wasalam)
juga menyertai ghazwah tersebut.

Jika kita mengharapkan seluruh dunia menerima agama Allah, kesemua lelaki dan wanita
dikalangan kita juga mesti mennjerumuskan diri dalam usaha agama sebagaimana
mereka. Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) telah mengajar dan menunjukkan cara
untuk menyampaikan agama kepada kaum lelaki, serta baginda (sallalaahu alayhi
wasalam) juga telah mengajar dan menunjukkan cara untuk menyampaikan agama
kepada kaum wanita. Sebagaimana, kaum lelaki dikalangan umat ini diberikan kemuliaan
oleh Allah Ta’ala sebagai Naib Nabi (sallalaahu alayhi wasalam), kaum wanita
dikalangan umat ini juga diberikan kemuliaan oleh Allah Ta’ala sebagai Naib Nabi
(sallalaahu alayhi wasalam). Sebagaimana, kaum lelaki dikalangan umat ini adalah
bertanggungjawab terhadap usaha hidayat kepada seluruh manusia, kaum wanita
dikalangan umat ini juga bertanggungjawab terhadap usaha hidayat kepada seluruh
manusia.

Fahamilah, usaha agama yang dibuat oleh Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam), usaha
agama terhadap kaum wanita, usaha agama oleh kaum wanita, dan untuk mengusahakan
usaha agama atas kaum wanita, adalah tersangat penting. Mafhum hadith Rasulullah
(sallalaahu alayhi wasalam): “Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali
(atau lelaki soleh). Seorang wanita yang jahat akhlaqnya, lebih buruk daripada 1000
orang lelaki yang jahat akhlaqnya.” Oleh itu, usaha pembaikan atas kaum wanita
memberikan menafaat yang lebih besar, manakala kelalaian terhadap usaha pembaikan
atas kaum wanita menjerumuskan kepada kemudharatan yang tersangat besar.

Sebagaiamana kaum lelaki perlu banyakkan dakwahkan kebesaran Allah setiap hari
untuk tingkatkan iman, kaum wanita juga perlu banyakkan dakwahkan kebesaran Allah
setiap hari untuk tingkatkan iman. Suasana di rumah adalah suansana yang dibentuk oleh
wanita. Wamita sentiasa berada di rumah, dan anak-anak adalah lebih dekat dengan ibu
mereka. Ibu yang pakaikan mereka pakaian. Ibu yang masakkan mereka makanan.
Kebiasaannya sifat ibu adalah lebih lembut, manakala bapa adalah lebih tegas. Kedua-


dua sifat ini perlu untuk mendidik anak-anak dengan betul. Salah seorang antara ibubapa
perlu bersifat lembut, dan yang seorang lagi bersifat tegas. Jika kedua-dua ibubapa
berlembut, anak-anak biasanya tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Jika kedua-
dua ibubapa bersikap tegas, anak-anak juga tidak mendapat pendidikan yang sempurna.

Kebiasaannya, bapa yang bertegas dengan anak-anak: Kenapa tak buat itu, kenapa tak
buat ini. Ibu mencurahkan kasih saying dan berlembut dengan anak-anak, sediakan
mereka makan minum dan sukakan mereka. Jika si ibu sentiasa beritahu anak-anaknya:
ayah kamu tu, kejap-kejap keluar (ke Jalan Allah), asyik keluar je, bukan nak jaga
rumahtangga, abaikan anak isteri saja; jika anak-anak sentiasa dengar kata-kata sebegini
dari ibu mereka, mereka akan membesar memusuhi ayah mereka sendiri dan membenci
agama serta usaha agama. Sebaliknya jika ibu sentiasa beritahu anak-anaknya: ayah kamu
tu seorang yang baik, dia cuba beri masa untuk agama dan keluar ke Jalan Allah, apa
yang dia buat tu bagus dan dia usaha sungguh-sungguh, mak pun patut buat macam ayah,
dan kamu pun patut buat macam ayah; jika anak-anak dengar kata-kata sebegini dari ibu
mereka, mereka akan membesar menyayangi ayah mereka dan cinta kepada agama dan
usaha agama.

Kerja yang paling besar bagi kaum wanita umat ini adalah untuk mewujudkan suasana
iman di dalam rumah-rumah mereka. Untuk mewujudkan suasana iman dalam rumah,
tidak perlu bagi seseorang wanita untuk jadi ‘alimah atau lulusan dari pusat pengajian
tinggi agama. Setiap wanita boleh saja mewujudkan suasana iman di rumah.

Bagaimana untuk mewujudkan suasana iman? Sentiasalah berkata-kata tentang iman.
Mengikut tahap kefahaman seseorang kanak-kanak, ibu-ibu berkata-kata dan bercakap-
cakap dengan anaknya mengenai 3 perkara:

1. Pertama, apa-apa saja yang boleh dilihat dan dipandang oleh kanak-kanak, ibu-ibu
beritahu mereka bahawa semua itu diciptakan oleh Allah Ta’ala. Langit, bulan, bintang-
bintang, semuanya ciptaan Allah. Gunung-ganang, lautan-lautan, pokok-pokok, segala
apa yang di darat dan di langit adalah ciptaan Allah. Kapalterbang yang ibu dan anak
baru saja melintas terbang di udara, logam yang dibuat kapalterbang itu adalah ciptaan

Allah. Juruterbang yang memandu pesawat itu juga diciptakan oleh Allah. Allah yang
Maha Pencipta juga Maha Memelihara ciptaanNya. Seorang ibu perlu mengucapkan
dengan lidahnya kata-kata seperti itu kepada anak-anaknya, dan ajar and asuhlah anak-
anak supaya mengucapkan kata-kata sedemikian juga dengan lidak mereka.

2. Kedua, rumah kediaman dan apa-apa saja yang ada dalam rumah, yang mana seorang
ibu seharusnya memberitahu anak-anaknya rumah kediaman dan apa-apa saja yang ada
dalam rumah mereka adalah pemberian dari Allah. Allah yang memberikan kita rumah
ini. Allah yang beri kita pakaian. Allah yang berikan kita makanan. Allah yang berikan
kita pen ini. Bila ayah balik ke rumah dan letakkan kuffiyah atas kepala anak lelakinya
yang masih kecil, emaknya lalu bertanya si anak, siapa yang beri kuffiyah tu? Anaknya
jawab, Ayah yang berikan pada saya. Emak patut jawab, Bukan, bukan ayah yang
berikan, Allah yang berikan. Si anak mungkin akan berkata lagi, ayah yang berikan, tapi
emak hendaklah mengulang-ulang beritahu si anak bahawa Allah yang berikan, sehingga
lekat di hati anak bahawa Allah yang berikan.
Doa selepas makan bermaksud kita mensyukuri nikmat makanan dan minuman yang
Allah berikan kepada kita. Bukan mak ayah yang beri makanan, tapi Allah yang beri
makanan. Apabila bangun dari tidur doa dibaca mensyukuri Allah yang membangkitkan
kita dari tidur. Nampaknya seperti emak ayah yang tidurkan dan kejutkan anak, tapi
Allah yang tidurkan dan kejutkan si anak. Fikiran dan hati anak-anak perlu diasuh dan
disemai bahawa Allah yang Maha Memberi dan Maha Memelihara. Apa yang
diperkatakan oleh emak, perlu diperkatakan juga oleh ayahnya.
Apabila anak-anak hendakkan sesuatu, mereka akan pergi meminta pada ibu mereka. Bila
mereka pergi kepada ibu mereka, ibu hendaklah mengajar mereka meminta pada Allah
untuk segala keperluan. Anak lelaki pergi pada mak beritahu, mak, saya nak pen.
Emaknya hendaklah beritahu dia, Allah yang berikan kamu pen lama, Allah juga lah
yang akan berikan kamu pen baru. Sayang, pergi ambil wudhu’ dan solat dua rakaat,
kemudian doa minta pada Allah supaya Allah berikan pen baru. Anak perempuan pergi
pada mak beritahu, mak, saya nak kasut baru. Emaknya hendaklah beritahu dia, Allah
yang berikan kamu kasut lama, Allah juga lah yang akan berikan kamu kasut baru.


Sayang, pergi ambil wudhu’ dan solat dua rakaat, kemudian doa minta pada Allah supaya
Allah berikan kasut baru. Ibu-ibu hendaklah sentiasa menggesa anak-anak untuk meminta
pada Allah sehingga dengan sendirinya, menjadi kebiasaan anak-anak untuk meminta
pada Allah. Anak-anak belajar untuk meminta pada Allah bagi segala keperluan mereka
bila mereka lihat ibubapa mereka juga sentiasa meminta pada Allah untuk segala sesuatu.
Ibubapa yang mana mengasuh adan mengajar anak-anak mereka untuk meminta pada
Allah atas segala keperluan, sebenarnya telah mengajar anak-anak mereka pengajaran
sepanjang hayat anak-anak mereka.

Di rumah misalnya, ada anak perempuan yang berumur 7 tahun, anak lelaki berumur 5
tahun, dan anak lelaki berumur 2 tahun. Apabila ayah pulang ke rumah, didapatinya anak
lelaki yang berumur 2 tahun itu menghidapi demam. Apa yang dia buat? Ayah berkata,
cepat ambil dompet duit saya, cepat bawa anak yang demam tu masuk ke kereta, lekas
bawa pergi jumpa doctor. Iman anak-anak yang lain akan terkesan. Anak-anak Anak-
anak akan berfikir, bila ayah saya perlu pertolongan, pertama-tama dia cari duit dulu.
Anak-anak akan berfikir, ibubapa saya mengajar saya untuk meminta hanya kepada
Allah, tapi bila mereka sendiri perlukan bantuan, mereka tuju kepada duit dulu.
Kepercayaan yang mengatakan bahawa duit adalah penyelesaian segala masalah adalah
akar umbi kepada segala kejahatan. Sistem pemerintahan kerajaan yang dipenuhi dengan
rasuah, adalah kerana kejahatan yang dibawa oleh duit. Para peniaga dan pedagang
menipu kerena kejahatan yang dibawa oleh duit. Rompakan dan kecurian berlaku adalah
kerana salah yakin kepada duit.

Hari ni, dalam setiap rumah, dalam keadaan suasana salah yakin ibubapa dan keluarga
kepada duit, anak-anak dilahirkan. Jadi, sepatutnya apa yang perlu dilalukan? Anak-anak
tadi patut dipanggil oleh kedua ibubapa mereka, dan diberitahu, Nak sayang, adik kamu
berdua tengah demam, dari mana datangnya demam ni? Allah yang datangkan demam
dan hanya Allah yang boleh menyembuhkan demam. Jadi, kamu berdua pergi ambil
wudhu’, mak dengan ayah pun akan berwudhu’. Lepas tu kamu berdua solat, mak dengan
ayah pun akan bersolat. Kamu berdua du’a pada Allah untuk sembuhkan adik kamu dari
demam, mak dengan ayah pun akan du’a pada Allah untuk sembuhkan adik kamu dari


demam. Bila kita beri sedekah, Allah akan hilangkan kesusahan kita. Ambil duit ni, pergi
sedekahkan kepada makcik fulan, yang suami dia dah meninggal tu. Kemudian baru kita
pergi jumpa doctor dan minta ubat untuk adik, tapi bukan ubat yang sembuhkan, yang
hanya boleh sembuhkan adik ialah Allah.

Sudah lebih 70 tahun usaha da’wah dan tabligh telah berjalan, tapi dalam beberapa
keadaan, kesannya sangat perlahan. Mengapa? Kerana ibubapa Islam, khususnya ibu-ibu
kepada anak-anak Islam di merata dunia, menyibukkan diri di dalam rumah-rumah
mereka merosakkan iman anak-anak mereka sendiri. Dari segi jumlahnya, kaum wanita
adalah lebih ramai dari kaum lelaki, dan kaum lelaki yang melibatkan diri dengan kerja
da’wah dan tabligh adalah lebih sedikit jumlahnya. Dari usaha kaum lelaki yang terlibat
dengan kerja da’wah dan tabligh, jika mereka dapat mengajak dan menyakinkan 1000
orang lelaki untuk lebih dekat dengan Allah, dalam masa yang sama 100,000 orang
kanak-kanak Islam dirosakkan iman mereka oleh kaum wanita dan ibu-ibu di dalam
rumah-rumah mereka. Amat malang sekali, kita dapati hari ini, rumah-rumah orang Islam
telah menjadi kilang-kilang merosakkan iman. Oleh sebab itulah, adalah sangat mustahak
di segenap penjuru di seluruh dunia, di rumah-rumah orang Islam, perlu ditukar menjadi
tempat untuk membina iman. Kita semua akan jadikan rumah-rumah kita tempat
membina iman, insha’Allah!? (Hadirin menjawab serentak: Ya, bahkan!)

Suasana iman di rumah akan menerbitkan suasana solat. Menjangkau umur 7 tahun, solat
perlu mula didirikan oleh anak-anak. Kebiasaannya apa yang terjadi pada anak itu ialah:
“Biarkanlah dia bermain, biarkanlah dia berseronok dan makan-makan, bila dia besar
nanti, tahulah dia untuk solat.” Apabila ana-itu telah menjangkau umur 11 atau 12 tahun,
dan tabi’at buruk telah menular, langsung dia tidak melaksanakan solat. Kasih sayang
sejati terhadap kanak-kanak ada pada diri Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam)
sebagaimana yang telah ditunjukkan kepada kita. Ketika berumur 7 tahun, anak-anak
perlu disuruh untuk bersolat. Dia patut diajar cara solat dengan betul. Kelebihan,
menafaat dan keuntungan dalam mendirikan solat, cara-cara solat yang betul, tatacara
solat perlu diajarkan kepada mereka. Apabila solat telah dikerjakan oleh mereka, amal-
amal lain perlu diasuh untuk mereka kerjakan. Anak-anak perlu di asuh untuk


memulakan zikir. Anak-anak perlu mulai diasuh untuk mengamalkan tasbeehat di waktu
pagi dan petang, dengan duduk di satu tempat dalam keadaan tenang. Kaum wanita di
kalangan para sahabat Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) biasa mengajar dan
mengusahakan tabiat untuk berpuasa pada anak-nak mereka walaupun pada usia yang
masih mentah.

Tasbeehat 300x diwaktu pagi dan 300x di waktu petang, setiap wanita perlu kerjakan di
rumah-rumah dengan duduk menghadap qiblat. Setiap wanita perlu setiap hari tilawah
Quran satu juzuk sehari. Mengajar membaca Quran dengan tajwid kepada anak-anak
adalah tanggungjawab ibu-ibu, dengan bantuan bapak-bapak. Bapak-bapak yang keluar
ke Jalan Allah, jika tak belajar betulkan tajwid mereka, bagaimana nak betulkan tajwid
isteri-isteri di rumah? Anak-anak perlu digalakkan untuk sentiasa bertilawah Al-Quran.
Jika mana-mana mereka menadi hafiz, alhamdulillah, ucapan kesyukran kepada Allah.
Jika tidak pun keseluruhan Al-Quran, sekurang-kurangnya surah-surah yang boleh
mereka bacakan didalam solat mereka. Tanggungjawab utama agar anak-anak belajar Al-
Quran terletak pada ibubapa, bukan tanggungjawab pihak sekolah dan guru-guru.

Sebelum atau selepas melakukan sesuatu pekerjaan, ibu perlu mengamalkan doa-doa
masnoon, ayah juga perlu berbuat demikian, dan amaln ini perlu diajarkan kepada anak-
anak juga. Jadi suasana dalam rumah diseliputi oleh suasana membina iman, solat, zikir
dan doa-doa masnoon. Tangan-tang sibuk bekerja, manakala lidak dibasahi dengan
berzikir. Apak-bapak pergi kerja, anak-anak pergi ke sekolah, ibu-ibu tinggal di rumah,
jika akut tinggal seorang di rumah, mulakanlah zikir pada Allah. Masa-masa yang
terluang dan kosong perlu dipenuhi dengan berzikir. Rasulullah (sallalaahu alayhi
wasalam) bersabda, jangan ada masa yang berlalu tanpa mengingati Allah. Lidah perlu
sentiasa dibasahi dengan zikrullah. Di setiap rumah perlu ada halqah ta’leem setiap hari.
Selagi ada pebicaraan membesarkan Allah Ta’ala, di situlah Rahmat Allah akan
mencurah-curah. Suasana tenang dan lapang akan terwujud di situ. Allah Ta’ala akan
mengingati peserta-peseta majlis yang mengingati Allah dalam majlis yang lebih baik.
Para malaikat Rahmat mengerumuni majlis zikrullah dengan bertindan-tindan hingga ke
langit. Dalam masa yang sama, anak-anak duduk dalam majlis berserta para malaikat.


Oleh kerana itu, mereka juga akan mempunyai sifat taqwa, taat dan bersifat ehsan seperti
para malaikat. Jika anak-anak sentiasa diselubungi suasana syaitan di rumah, dan jika di
sekolah juga mereka diselubungi suasana syaitan, dan jika Susana di luar rumah juga
diselubungi suasana syaitan. Kita sendiri semua tahu apakah suasana dalam rumah kita.
Jadi, jika anak-anak sentiasa diselubungi dengan suasana syaitan, mereka akan jadi
menyamai syaitan. Oleh seab itu, adalah sangat mustahak untuk diwujudkan halqah
ta’aleem di rumah. Berapa lama masa ta’leem tersebut? 2 jam; 1½ jam, sejam; sekurang-
kurangnya setengah jam. 15 hingga 20 minit digunakan untuk membaca kitab Fadha’il
‘Amal. 10 hingga 15 minit dari masa perlu digunakan untuk muzakarah 6 perkara. Esok
mak memperkatakan tentang 6 perkara, lusa ayah akan memperkatakan tentang 6
perkara. Jika nenek ada di rumah, nenek juga perlu memperkatakan tentang 6 perkara.
Kenapa? Supaya setiap seorang ahli rumah boleh jadi daa’ie (penyeru agama Allah).
Semua ahli di rumah perlu ada rasa bahawa tanggungjawab menyampaikan agama
kepada seluruh manusia adalah tanggungjawab saya.

Bagi anak-anak, adalah tidak memadai dengan mengajar mereka, tetapi juga dengan
menunjukkan contoh teladan kepada mereka. Bila satu anak tengok ayahnya sedang
berbaring, tak berkufiyyah dan tak berbaju. Apabila tiba waktu ta’aleem di rumah, ayah
terus pakai baju dan pakai kuffiyah. Kemudian ayah mengambil wudhu’ dan mendatangi
majlis ta’leem rumah dalam keadaan mendekati Allah. Selepas anak lihat ayah
melakukan perkara ini beberapa hari, dia pun akan buat persiapan yang sama, dan dia
sendiri akan menyiapkan diri dia untuk lebih mendekati Allah. Dalam masa 10 hingga 15
minit memperkatakan tentang 6 perkara, 6 perkara ini akan terpahat dihati anak. 6
perkara ini boleh dihuraikan sehingga berjam-jam secara mendalam dengan menyebutkan
ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith namun takkan habis.

Asuh dan ajarkan anak-anak tentang kebesaran Allah Ta’ala. Ajarkan mereka macamana
Allah Maha Mencipta segala sesuatu. Ajarkan mereka bagaimana Allah Ta’ala membantu
para nabi dan ambiya’ (alaihimusalam). Anak-anak perlu mendengar kisah-kisah para
nabi dan rasul (alayhmusalam). Anak-anak perlu mendengar kisah-kisah para sahabat
(radiyalaahu anhum). Sayidinna Khalid (radiyalaahu anhu) begini, dia telah lakukan itu


dan ini, bila berlaku sesuatu perkara, di telah buat begini begitu. Sayidinna Bilal
(radiyalaahu anhu) telah melakukan pengorbanan begini, dan dia dilantik sebagai
mua’zzin Rasulullah (sallalaaahu alayhi wasalam). Buangkan cerita-cerita kanak-kanak
yang buruk yang lazimnya diperkatakan kepada anak-anak sekarang, tetapi banyakkan
cerita tentang kisah-kisah para sahabat kepada anak-anak. Kamu hendaklah berbicara
mengenai kisah-kisah yang mulia kepada isteri kamu suaya mereka boleh menyampaikan
kepada anak-anak.

Halqah dan majlis ta’leem di rumah yang dibuat secara istiqomah dan berterusan akan
mewujudkan keghairahan untuk mentaati agama. Dalam suasana mengajar iman, iman
akan menjadi lebih mantap dan kuat dan tertancap dengan kuat di dalam hati. Iman akan
mendorong ibu-ibu untuk mengetahui apa perintah-perintah Allah Ta’ala dan apa sunah-
sunah Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam). Kemudian ibu-ibu dan anak-anak akan
mulai bertanya suami dan ayah mereka untuk bertanyakan kepada alim ulama’ tentang
berapa banyak perintah-perintah Allah Ta’ala dan sunah-sunah Rasulullah (sallalaahu
alayhi wasalam) yang boleh diwujudkan dalam rumah mereka. Jika usaha atas iman
wujud di dalam rumah-rumah, maka ianya akan mewujudkan keinginan untuk menerima
dan melaksanakan segala perintah-perintah Allah Ta’ala.

Seringkali di dalam majlis masturat, bapak-bapak memberikan anjuran dan nasihat untuk
menutup aurat dan memakai hijab atau purdah bagi wanita. Tetapi bapak-bapak lalai dari
mengusahakan atas iman mereka, hanya beri arahan saja untuk memakai hijab atau
purdah. Ini bukanlah cara yang betul. Pertama sekali, seseorang itu perlu berusaha untuk
mewujudkan suasana membina iman di rumah, kemudian hanyasanya apabila iman telah
mulai baik dan mantap, mereka akan mulai sedar akan segala perintah-perintah Allah
Ta’ala yang perlu mereka laksanakan, dan mulai menyakini bahawa kejayaan hanyalah
dapat dicapai dengan mematuhi segala perintah Allah, manakala keingkaran terhadap
perintah Allah akan menjerumuskan mereka ke dalam kegagalan.

No comments:

Post a Comment

Kumanddie Welcomes you to ARMAGEDDON'S DEATH ZONE